KUALA LUMPUR, 11 Mac – Rang Undang-Undang (RUU) Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024 dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini. 

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang membentangkan RUU tersebut berkata bacaan kali kedua turut dijadualkan berlangsung pada sesi kali ini.

Menurut dokumen yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, RUU itu bertujuan untuk meminda Akta Wang Tak Dituntut 1965 (Akta 370) yang melibatkan fasal 1 hingga fasal 12.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here