Rakyat Malaysia perlu ‘kembali’ kepada penghayatan lima prinsip Rukun Negara bagi memperkukuhkan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.
Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara Tan Sri Lee Lam Thye berkata, rakyat Malaysia perlu sentiasa menjunjung falsafah kebangsaan negara, bagi mengekalkan nilai perpaduan, toleransi dan kerjasama dalam mencapai matlamat negara.
Transcript