BEIJING, 19 Julai – Unit penjanaan kuasa elektrik kuasa angin dengan kapasiti terpasang terbesar di dunia mula beropeasi di bandar Yingkou, provinsi Liaoning China hari ini. 

Ia akan menyediakan asas bagi pemasangan dan penggunaan unit janakuasa di laut secara besar-besaran pada masa akan datang.

Unit tersebut boleh menjana tenaga bersih sebanyak 74 juta kilowatt-jam (kWj) setahun pada maksimum, memenuhi keperluan bagi 40,000 keluarga, bersamaan pengurangan penggunaan arang batu sebanyak 25,000 tan dan pelepasan karbon dioksida sebanyak 61,000 tan setahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here