29 Oktober — AKAN ada banyak kes kematian di Sabah jika kerajaan menunggu peruntukan Belanjawan 2021 sebelum disalurkan ke negeri itu untuk memerangi Covid-19, kata Lim Kit Siang hari ini.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata kelewatan peruntukan akan menyaksikan kira-kira 29 kematian akibat Covid-19 di Sabah menjelang Jumaat depan, di mana ketika belanjawan dijangka akan dibentangkan.
Beliau berkata ada keperluan mendesak untuk pakej krisis kemanusiaan khas untuk Sabah ketika ini.
“Gelombang ketiga pandemik Covid-19 di Malaysia telah meragut 102 nyawa di Sabah pada 28 hari pertama Oktober dengan purata kematian 3,64 nyawa setiap hari.
“Jika kita menunggu lapan hari lagi sehingga 6 November, kita mungkin akan menyaksikan 29,12 kematian,” katanya dalam satu kenyataan. – TMI