BEIJING, 4 Ogos – Ekspo China-ASEAN ke-21 akan diadakan di bandar Nanning, wilayah Guangxi pada bulan September nanti.

Terdapat satu zon pameran baharu yang akan tersedia dalam ekspo ini  untuk mempamerkan produk, teknologi dan aplikasi baharu dari negara-negara ASEAN dalam bidang teknologi digital ekonomi hijau, automotif dan alat ganti, marin dan kesihatan.

Selain itu, ekspo edisi ini juga menumpukan kepada kehadiran negara-negara dari luar rantau ini, misalnya mengundang negara-negara Arab di kawasan Teluk sebagai rakan kerjasama buat kali pertama, dengan tujuannya menggalakkan pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang menekankan pembinaan bersama yang berkualiti tinggi.

Emiriah Arab Bersatu dilaporkan akan menghantar satu delegasi yang diketuai oleh pegawai peringkat naib menteri untuk menghadiri Ekspo China-ASEAN ke-21 dan mengendalikan satu balai pameran kenegaraan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here