JOHOR BAHRU, 4 Ogos – Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota telah dimaklumkan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini, kata Speaker DUN Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata pemakluman kekosongan kerusi itu dibuat pihaknya melalui hantaran faks.

“Justeru, pihak Dewan Negeri Johor menyerahkan kepada SPR untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang pada Jumaat lepas.

Bekas Ketua Wanita UMNO Johor itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HEBHK pada Rabu lalu berikutan mengalami sesak nafas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here