BEIJING, 5 Ogos – Pada sepuluh tahun yang lalu, pemain tenis negara China Li Na muncul sebagai orang yang pertama di rantau Asia yang mampu menobatkan diri dan menjulang trofi Terbuka Australia dalam acara perseorangan wanita.

Saat itu pernah disaksikan oleh sekumpulan kanak-kanak China yang ketika itu menonton siaran langsung di hadapan skrin televisyen. 

Gadis di sebelah paling kanan, yang tersenyum dan menunjukkan gigi putih itu bernama Zheng Qinwen, yang berumur 11 tahun pada masa itu.

Kini, Qinwen yang susah mencecah usia 21 tahun berjaya menempa namanya sebagai pemain tenis China yang pertama yang memenangi pingat emas acara perseorangan dalam Sukan Olimpik apabila menundukkan pemain Croatia, Donna Vekic pada final di Roland Garros, Paris pada malam 3 Ogos 2024.

Pada sidang akhbar selepas memenangi kejuaraan, Qinwen tidak banyak bercakap tentang Li Na, tetapi bercakap tentang seorang lagi teladannya.

“Sebelum bermulanya pertandingan akhir itu, saya pernah menonton klip video tentang Liu Xiang yang beraksi menunjukkan prestasi terbaik untuk meraih pingat emas (acara 110 meter lari berpagar lelaki) dalam Sukan Olimpik 2004 di Athens. “

“Sejujurnya, saya pernah berkali-kali menonton klip video itu dalam beberapa hari kebelakangan ini untuk memotivasikan diri sendiri.”

“Saya pernah menonton salah satu temu bual yang dibuat dengannya. Pada masa itu, dia berkata bahawa dia memenangi pingat emas pada usia 21 tahun yang justeru merupakan kemuncak dalam hidupnya.”

“Dan kemudian saya fikir saya sudah menginjak usia 21 pada tahun ini, dan yakin saya juga boleh melakukannya di atas pentas Sukan Olimpik pada saat kebetulan 20 tahun selepas itu,” kata Qinwen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here