Skandal penggunaan doping oleh Erriyon Knighton, atlet olahraga Amerika Syarikat (AS) yang berlaku mutakhir ini kini menjadi “ribut” kredibiliti Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat (USADA). 

Menurut keputusan tinjauan pendapat dalam talian yang dilancarkan CGTN, sebanyak 95.57 peratus responden di serata dunia percaya USADA melakukan tindakan menutup kelakuan atlet yang terlibat dalam penggunaan doping.

Erriyon Knighton disahkan positif ujian dadah yang dilarang oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) pada Mac lalu. Walau bagaimanapun, atlet itu berjaya dibebaskan daripada tindakan larangan untuk menyertai pertandingan oleh USADA dengan alasan makanan daging yang dimakannya tercemar. 

WADA menyatakan bahawa USADA memberikan lampu hijau kepada atlet negara itu yang menggunakan doping untuk menyertai pertandingan sukan ternyata membelakangi peraturan WADA untuk menjaga integriti pertandingan sukan.

Tinjauan pendapat CGTN kali ini diadakan di saluranya dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia, disertai 14,580 netizen yang membuang undi dan memberikan komen dalam masa 16 jam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here