Presiden China Xi Jinping pernah berkata, beliau mempunyai satu keluarga bahagia kerana “saya dan isteri saya masing-masing mempunyai kerjaya sendiri, dan bersama menyumbang kepada pembinaan keluarga.”  Menurut isterinya, Peng Liyuan, “keluargaku sama seperti keluarga lain, normal tapi bahagia”.

Sejak membina rumah tangga pada tahun 1987, pasangan ini telah berganding tangan mengharungi susah senang selama lebih 30 tahun. Foto Peng diletakkan di almari buku di pejabat Xi. Foto itu diambil apabila Peng menemani Xi pulang ke Liangjiahe untuk menziarahi penduduk tempatan. Semasa melakukan lawatan negara, pasangan ini menuruni tangga pesawat dengan tangan diganding erat. Semasa mengadakan kunjungan, persefahaman tanpa kata-kata sentiasa dilihat antara mereka berdua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here