Kaum wanita merupakan pendorong penting bagi tamadun manusia dan kemajuan sosial, dan juga penyumbang yang luar biasa yang melakar pencapaian cemerlang dalam pelbagai sektor.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping dalam sepucuk surat tahniah kepada Forum Wanita Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) pagi tadi.

“Sejak forum wanita SCO dilancarkan, kaum wanita di pelbagai negara anggota SCO konsisten dalam menyemarakkan ‘Semangat Shanghai’ dan menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib SCO yang lebih padu.

“Saya berharap forum ini terus memainkan peranan proaktif dalam meningkatkan kebersamaan dan persefahaman dalam kalangan rakyat pelbagai negara anggota, dan merancakkan landskap sosiobudaya SCO yang relevan dengan setiap negara anggota. China bersedia bersama-sama pelbagai pihak untuk membina SCO yang lebih baik melalui inovasi sains teknologi pacuan pendigitalan dan memperincikan pelaksanaan pelbagai program membabitkan urusan kaum wanita.

Forum yang bertajuk “ekonomi pacuan pendigitalan dan penglibatan kaum wanita” itu dirasmikan di bandar Qingdao provinsi Shandong, China pagi tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here