Kumpulan Media China (CMG) melancaran lapan program audio visual “Dari Beijing ke Paris”, pada Khamis.

Presiden CMG Shen Haixiong ketika berucap pada majlis pelancaran berkata, bersempena dengan ulang tahun ke-60 ikatan diplomatik China-Perancis dan Sukan Olimpik di Paris, CMG bersama-sama beberapa jabatan dari Perancis untuk mengadakan acara omni-media “Dari Beijing ke Paris”.

Antaranya Pameran Kesenian China “Perjalanan Olimpik Seniman China-Perancis” menyediakan wadah pertukaran peradaban antara rakyat kedua-dua negara. 

Selain itu, menurut Shen, laporan komprehensif CMG terhadap Sukan Olimpik Paris menyajikan karnival seni budaya yang menguja kepada penonton dari setiap pelosok dunia.

Beliau berkata CMG bersedia meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan rakan dari seluruh dunia untuk menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here