MOSCOW, 1 Okt — Presiden Rusia Vladimir Putin merombak Majlis Keselamatan Rusia pada Isnin dengan memperkenalkan beberapa ahli baharu penting, lapor Xinhua.

Menurut dekri presiden, empat pegawai baharu telah dilantik ke dalam majlis itu iaitu Pembantu Presiden Alexey Dyumin, Timbalan Perdana Menteri Pertama Denis Manturov, Ketua Agensi Perubatan-Biologi Persekutuan Veronika Skvortsova, dan Ketua Direktorat Program Khas Presiden Alexander Linets.

Sementara itu, Putin telah menggugurkan Vladimir Yakushev daripada Majlis Keselamatan.

Majlis Keselamatan Rusia merupakan badan penasihat perlembagaan yang membantu presiden dalam membuat keputusan berkaitan keselamatan negara dan perkara strategik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here