TEHRAN, 4 Okt – Iran telah menyambung semula penerbangan ke dan dari negara ini  pada pagi Khamis, selepas digantung susulan serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel pada Selasa malam.

Jurucakap CAO, Jafar Yazarlou, mengumumkan bahawa sekatan penerbangan itu ditarik balik selepas memastikan keadaan adalah sesuai dan selamat untuk penerbangan.

Beliau berkata syarikat penerbangan dibenarkan menyambung semula penerbangan bermula pukul 5.00 pagi waktu tempatan (0130 GMT) pada Khamis.

Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu ke arah Israel pada Selasa.

Tehran berkata serangan itu adalah sebagai tindak balas terhadap pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, Setiausaha Agung Hizbullah Hassan Nasrallah, dan komander kanan Iran, Abbas Nilforoushan, serta peningkatan “tindakan jahat” dengan sokongan Amerika Syarikat dalam serangan Israel ke atas Lubnan dan Palestin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here