BEIJING, 8 Okt – Menurut Ketua Setiausaha Persatuan Pelancongan Thailand, industri pelancongan merupakan industri tonggak negara itu yang terkenal sebagai salah satu destinasi yang digemari pelancong China. Sebelum tercetusnya wabak COVID-19 pada 2019, Thailand pernah menerima kunjungan seramai10 juta orang lebih dari China, yang mewakili satu perempat keseluruhan pelancong asing di negara itu bagi sepanjang tahun.

“Peningkatan ekonomi Thailand bergantung pada industri pelancongan, dan China muncul sebagai negara sumber pelancong paling besar bagi negaranya. Maka, baik kerajaan mahupun badan pelancongan kalangan rakyat amat mengambil berat terhadap kehadiran kumpulan pelancong China”, kata beliau.

Perjanjian China-Thailand tentang Layanan Bebas Visa sudah berkuatkuasa bermula 1 Mac tahun 2024.

Menurut statistik didedahkan Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand, pada bulan Januari hingga September tahun ini, negaranya telah memperoleh pendapatan kira-kira THB1.21 trilion (RM155 bilion) dengan melayani pelancong asing yang berjumlah 26 juta orang, termasuk 5.25 juta orang pelancong China yang menduduki tempat pertama dalam ranking terbabit. 

Menurut jangkaan Jabatan Pelancongan Negara Thailand, seramai 183 ribu orang pelancong China dijangka melawat Thailand, dan menyumbang pendapatan THB5.1 bilion (RM652 juta) pada tempoh cuti Hari Kebangsaan China 2024.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here