BEIJING, 9 Okt – China sentiasa mempertahankan amalan multilateralisme dan menyokong usaha bagi memelihara peranan PBB, malah bersedia bersama-sama pelbagai pihak untuk memartabatkan peranan PBB, dan menterjemahkan komitmen politik “Pact for the Future” di peringkat pelaksanaan demi pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Demikian dinyatakan oleh wakil tetap China di PBB, Fu Cong ketika menyampaikan ucapan dalam sesi perbahasan Perhimpunan Agung PBB yang bertemakan “melaksanakan pencapaian mesyuarat penting PBB, meningkatkan dan membaharui sistem PBB”.

Menurut Fu, rakyat pelbagai negara bersama menyeru agar landskap yang lebih adil, selamat, makmur dan berterusan boleh wujud di dunia ini, dan menantikan PBB boleh memainkan peranan utama.

Fu berkata, China menyeru negara-negara maju agar mengambil peluang sepanjang proses pelaksanaan “Pact for the Future” untuk memikul tanggungjawab pada detik sejarah ini termasuk memberi bantuan pembangunan dan melakukan pembiayaan yang terkait dengan isu iklim, dalam erti kata lain mengambil tindakan yang tulen dan menunjukkan kesungguhan dalam memberi bantuan kepada negara-negara membangun untuk mengatasi kesukaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here