VIENTIANE, 12 Okt – Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengadakan perbincangan pada Jumaat bagi membincangkan kerjasama dalam bidang pertahanan, industri senjata dan rantaian bekalan, lapor Agensi Berita Korea Yonhap, memetik pejabat Yoon.

Yoon dan Albanese bertemu di luar Sidang Kemuncak Asia Timur yang dihadiri oleh 10 negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) serta lapan negara lain termasuk Amerika Syarikat, Rusia, China, Korea Selatan, Australia, New Zealand, Jepun, dan India.

Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen mereka untuk mengembangkan perkongsian dua hala melangkaui kerjasama ekonomi tradisional, dengan penekanan kepada pertahanan, industri senjata dan rantaian bekalan, menurut kenyataan pejabat itu.

Dalam perbincangan itu, Yoon menekankan minat syarikat Korea Selatan terhadap program perolehan frigat Australia dan meminta sokongan daripada Canberra mengenai perkara berkenaan, katanya.

Mereka bersetuju untuk bertemu semula secepat mungkin bagi meneruskan perbincangan mengenai isu-isu yang menjadi kepentingan bersama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here