BEIJING, 14 Okt – China bersedia bersama Vietnam melaksanakan persepakatan yang dicapai pemimpin tertinggi kedua-dua negara, mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib China-Vietnam yang membawa makna strategik, berharap agar menggalakkan kesalinghubungan dalam bidang landasan kereta api, lebuh raya, fasiliti pintu sempadan dan pendigitalan pengendalian kastam, di samping meneliti dan melakukan cubaan dalam membina kawasan kerjasama ekonomi rentas sempadan, memperluas kerjasama dalam bidang baharu, serta memperdalam pertukaran sosiobudaya.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Qiang ketika menemui Presiden Vietnam, To Lam pada Sabtu.

To Lam yang juga merupakan Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam berkata, pihaknya konsisten dalam mengamalkan prinsip Satu China, menentang keras kegiatan pemecahbelahan yang dianjurkan kuasa “kemerdekaan Taiwan” dalam sebarang bentuk, menyokong Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan tiga inisiatif global, di samping memperkasakan penyelarasan dan kerjasama dengan China dalam kerangka pelbagai hala.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here