NEVSEHIR, 16 Okt – Bilangan orang yang menempah perkhidmatan belon udara panas di kawasan terkenal Cappadocia, Turkiye mencapai rekod tertinggi sebanyak 583,063 antara Januari dan Oktober tahun ini.

Cappadocia, tapak Warisan Dunia UNESCO yang terkenal dengan kepentingan sejarah dan keindahan alam semula jadinya, menawarkan penerbangan belon udara panas sebagai antara aktiviti pelancongan yang paling diminati.

Dalam tempoh 182 hari cuaca yang baik tahun ini, lebih 583,000 pelancong menikmati penerbangan belon udara panas, mencatatkan rekod baharu dengan peningkatan sebanyak 74,882 berbanding jumlah 508,181 pada 2022.

Pada 2023, seramai 473,396 orang telah menaiki belon udara panas dalam tempoh sembilan bulan yang sama.

“Sepanjang tempoh sembilan bulan di Cappadocia, lebih 580,000 pelawat domestik dan antarabangsa telah menyertai lawatan belon,” kata Mehmet Dinler, ketua perkhidmatan pelancongan belon tempatan.

“Apabila kami membandingkan data ini, kami melihat bahawa kami telah mencapai angka tertinggi.”

“Saya percaya kami akan melepasi sasaran tahunan sebanyak 700,000 penumpang yang kami tetapkan selama bertahun-tahun di Cappadocia. Kami akan menetapkan matlamat baharu dan memecahkan rekod baharu.”

Juruterbang belon Tolga Eke berkata: “Penerbangan belon telah diadakan di kawasan kami selama bertahun-tahun, dan minat terus meningkat setiap tahun.”

“Kami mengalu-aluka tetamu dari seluruh dunia. Tahun ini, terdapat lebih banyak minat berbanding tahun-tahun sebelumnya.”

“Cappadocia ialah hab utama dunia untuk penerbangan belon udara panas. Orang ramai mengetahui perkara ini dan memilih untuk terbang di kawasan ini.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here