BEIJING, 16 Okt – Tanaman kapas seluas lebih 471,000 hektar di daerah Kashgar, Xinjiang memasuki tempoh penuaian dewasa ini.

Penggunaan mesin pertanian maju membolehkan kerja penanaman kapas dijalankan secara berjentera termasuk menyemai benih, membubuh baja, mengairi ladang dan menuai. Selain meningkatkan keefisienan kerja, ia turut membantu mengurangkan kos buruh.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Kashgar giat membangunkan rantaian perindustrian yang bukan sahaja menumpukan penanaman dan pemprosesan kapas, tetapi juga melibatkan sektor penenunan, pencetakan dan pencelupan tekstil, pembuatan pakaian serta pergudangan dan logistik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here