MACHANG, 19 Okt — Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah bakal dibentangkan di Parlimen pada tahun depan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata Kabinet telah memberikan kelulusan dasar untuk pelaksanaan RUU berkenaan.
“Ketika ini RUU berkaitan sedang digubal oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara (Datuk Seri Nordin Muhamad) sebagai pemegang taruh.
“Selepas RUU itu digubal kita akan membentangkan kepada Kabinet sebelum dibentangkan kepada Parlimen dan jangkaannya pada tahun depan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program Santuni MADANI: Satu Pemimpin Satu Kampung di Bukit Tiu di sini hari ini.