Aktiviti penyiaran program terpilih Kumpulan Media China (CMG) di media tempatan Rusia dilancarkan Moscow pada Jumaat, bersempena dengan kehadiran Presiden China Xi Jinping ke Sidang Kemuncak BRICS ke-16 di Kazan, Rusia.
Sebanyak 11 program berkualiti tinggi akan disiarkan melalui saluran media arus perdana tempatan.
Presiden CMG Shen Haixiong, Ketua Pengarah Russian Newspaper Pavel Negoica dan Duta Besar China ke Rusia Zhang Hanhui menyampaikan ucapan video.
Shen Haixiong menyatakan bahawa tahun ini menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan Republik Rakyat China, ulang tahun ke-75 jalinan hubungan diplomatik China-Rusia, dan juga Tahun Budaya China-Rusia.
Beliau berkata penyiaran program CMG diharap dapat membantu rakyat Rusia lebih mengetahui kemajuan China dan menghayati pesona budaya China supaya dapat memperkukuh persahabatan sesama rakyat kedua-dua negara.