Aktiviti pertukaran budaya bagi meraikan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik China-Rusia diadakan di Kazan, Rusia pada Selasa.

Aktiviti itu dianjurkan Kumpulan Media China (CMG) bersama Syarikat Penyiaran TV dan Radio Negara Seluruh Rusia (VGTRK) sempena Presiden Xi Jinping berada di Kazan untuk menghadiri sidang kemuncak BRICS ke-16.

Selain pelancaran pameran jerayawara ‘Journey Through Civilizations, An Encounter with Liangzhu’, para peserta juga menyaksikan CMG menjalin kerjasama dengan pelbagai institusi Rusia serta program liputan bersama media ‘Seeing China Together’ dan beberapa program lain bersiaran di Rusia.

Presiden CMG Shen Haixiong berkata pihaknya sentiasa komited untuk menggerakkan tradisi persahabatan China-Rusia terus diwarisi dari generasi ke generasi serta menyumbang kepada persefahaman dalam kalangan rakyat. 

CMG akan bersama pelbagai lapisan masyarakat Rusia memupuk lebih banyak titik tumpuan untuk aktiviti Tahun Budaya China-Rusia, sekali gus menyuburkan lagi persahabatan dua negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here