KUALA LUMPUR, 24 Okt – Kerajaan mengambil langkah proaktif untuk memastikan industri pembinaan kekal kompetitif dan mampan dengan jangkaan kenaikan harga tender, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata kerajaan sedang melaksanakan projek infrastruktur utama untuk memastikan sektor pembinaan kekal berdaya tahan dengan meningkatkan kerjasama awam-swasta (PPP).
Projek itu termasuklah Sarawak-Sabah Link Road Fasa 2, menaik taraf Lebuhraya Pan-Borneo dan pembangunan pusat data di Johor.
“Inisiatif ini memastikan sektor kita kekal berdaya tahan dalam persekitaran kenaikan kos,” kata beliau pada pelancaran Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) dan BuildXpo 2024.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.