Rombongan Kebudayaan Xinjiang China telah menyelesaikan siri jelajah yang berteraskan program pertukaran dan interaksi kebudayaan di Singapura, Malaysia dan Jepun di sini pada Khamis. 

Siri jelajah yang bermula dari 15 hingga 24 Oktober itu merangkumi sesi perbincangan yang bertema “kisah kepelbagaian di Xinjiang yang indah” dengan sejumlah persatuan masyarakat di Singapura seperti Persatuan Laut Selatan (The South Seas Society) dan Persatuan Singa-China (Singa-China Association),  dan sesi interaksi melibatkan pelbagai topik seperti perkauman, agama dan pembangunan ekonomi dengan ahli Parlimen negara itu.

Semasa berada di Malaysia, Rombongan Kebudayaan Xinjiang pula menganjurkan Forum Elit Media Xiehe yang bertajuk “melihat Xinjiang sebenar dari pelbagai sudut” dan menerima wawancara dari media arus perdana tempatan. Selain mengikuti sesi temu mesra dengan ahli Parlimen Malaysia, rombongan itu juga diundang sebagai pihak pemerhati hadir dalam suatu rundingan Dewan Perwakilan negara itu. Jadual selanjutnya termasuk majlis libat urus dengan Persatuan Perkongsian Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) Asia Pasifik, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Malaysia dan Persatuan Muslim Cina Malaysia, serta program ziarah kasih dengan diaspora Xinjiang di Malaysia.

Seterusnya ketika berada di Tokyo, Jepun, rombongan itu telah menganjurkan satu sesi taklimat yang bertajuk “pembangunan dan kemajuan usaha hak asasi manusia Xinjiang” dan bersikap ikhlas mengadakan pertukaran dan interaksi dengan sebahagian wartawan, pakar dan sarjana tempatan.

Sepanjang tempoh siri jelajah di ketiga-tiga negara tersebut, rombongan itu telah memberi tafsiran dan pendedahan yang terperinci tentang strategi dan dasar yang diamalkan Parti Komunis China (PKC) di Xinjiang pada era baharu, memperkenalkan Xinjiang dari aspek sosial, ekonomi, pelancongan, kehidupan rakyat, kebudayaan dan keagamaan di samping mendedahkan satu demi satu kebenaran yang bertentangan dengan bohongan dan fitnah yang direka-reka kem Barat yang diketuai AS terhadap Xinjiang. 

Pada masa yang sama, rombongan itu mengucapkan terima kasih kepada para penyokong di ketiga-tiga negara itu atas bantuan dan keprihatinan mereka, dan menegaskan lagi bahawa Xinjiang yang berada dalam fasa pembangunan dan kemakmuran yang terbaik dalam sejarah, bersedia memeluk dunia dengan postur yang lebih terbuka dan keyakinan diri yang kian meningkat, di samping mengalu-alukan kedatangan pelbagai pihak untuk menghayati pencapaian wilayah itu dalam pembangunan sosioekonomi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here