HANOI, 27 Okt – Empat lapangan terbang di Vietnam akan menggantung operasi buat sementara waktu susulan Taufan Trami, menurut arahan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Vietnam (CAAV).

CAAV mengumumkan penutupan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phu Bai dari 6 pagi hingga 10 malam pada 27 Okt, Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang dari 6 pagi pada 27 Okt hingga 4 pagi pada 28 Okt, Lapangan Terbang Dong Hoi dari 6 pagi hingga 7 malam pada 27 Okt, dan Lapangan Terbang Chu Lai dari 10 pagi pada 27 Okt hingga 10 pagi pada 28 Okt.

Perbadanan Pengurusan Trafik Udara Vietnam diarahkan untuk memastikan protokol keselamatan dilaksanakan dan memberi notis tepat pada masanya kepada agensi berkaitan, lapor Agensi Berita Vietnam.

Pihak berkuasa lapangan terbang wilayah juga diarahkan untuk memantau langkah keselamatan dengan teliti.

CAAV meminta agar sebarang isu yang timbul sepanjang tempoh penggantungan operasi dilaporkan segera untuk pelarasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here