SUBANG JAYA, 4 Okt — Banyaknya pelaburan oleh syarikat teknologi dari United Kingdom (UK) di Malaysia mencerminkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia yang sedang bergerak di landasan yang tepat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, ini satu suntikan kepada pembangunan dan pertumbuhan teknologi di Malaysia dan isyarat permulaan bagi lebih banyak pelaburan penting yang signifikan dan strategik kepada agenda transformasi digital negara ini.

“Saya positif dengan komitmen baru ini oleh syarikat teknologi dari UK akan mewujudkan banyak kemungkinan situasi menang-menang dan membuka kunci sinergi yang akan membawa peningkatan perdagangan dan menambah baik perniagaan berhubung teknologi untuk kedua-dua negara,” katanya ketika berucap pada perasmian Ideagen Technology Centre Of Excellence (CoE) di sini, hari ini.

Pelaburan itu juga mencerminkan daya tarikan Malaysia sebagai satu destinasi pelaburan dan sebagai loncatan kepada pasaran yang lebih besar ASEAN.

“Saya amat bangga melihat gagasan kita meraih keberhasilan, susulan daripada pengumuman saya pada 30 April lepas bahawa lima pertubuhan teknologi UK termasuk Ideagen, merancang untuk melabur di Malaysia,” kata Gobind yang merujuk kepada lawatan kerjanya ke UK Februari lepas di mana beliau mengadakan siri mesyuarat peringkat tertinggi dengan kerajaan UK, industi dan akademi dalam bidang digital.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here