MOSCOW, 31 Okt – Botswana mengadakan pilihan raya umum pada Rabu untuk menentukan sama ada Parti Demokratik Botswana (BDP) yang telah memerintah selama 58 tahun akan terus berkuasa.
Di bawah undang-undang pilihan raya negara yang kaya dengan berlian di Afrika itu, pengundi perlu memilih Ahli Parlimen dahulu, yang kemudiannya akan memilih Presiden.
Penyandang Presiden Mokgweetsi Masisi yang berhasrat mendapatkan penggal keduanya telah menumpukan kempen terhadap perjanjian baharu 10 tahun yang diusahakan kerajaan pimpinannya dengan syarikat gergasi berlian De Beers awal tahun ini.
Beliau yang berusia 63 tahun akan bersaing dengan tiga lagi calon mewakili gabungan sayap kiri Payung untuk Perubahan Demokrasi (UDC), Parti Kongres Botswana berhaluan tengah-kiri dan parti fahaman populis Botswana Patriotic Front.