BEIJING, 31 Okt – Enam badan kerajaan China termasuk Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Kementerian Industri dan Teknologi Informasi, Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar-Desa, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pentadbiran Sumber Tenaga Negara dan Jabatan Pentadbiran Data Negara semalam bersama-sama mengumumkan garis panduan tentang mempergiatkan penggunaan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini.

Menurut matlamat yang terkandung dalam garis panduan tersebut, China akan mencapai kemajuan yang proaktif dalam penggunaan TBB melibatkan pelbagai sektor utama sepanjang tempoh pelaksanaan “Rancangan Lima Tahun Ke-14”, mewujudkan penggunaan TBB yang bersamaan dengan penggunaan arang batu standard  sebanyak 1.1 bilion tan ke atas di seluruh negara pada 2025, membentuk landskap pengeluaran dan membina fasiliti untuk hidup harian yang mengutamakan penggunaan TBB sepanjang tempoh pelaksanaan “Rancangan Lima Tahun Ke-15”, dan mewujudkan penggunaan TBB yang bersamaan dengan penggunaan arang batu standard sebanyak lebih 1.5 bilion tan di seluruh negara pada 2030.

Kesemua ini  dipercayai akan memberi sokongan kuat dalam memperjuangkan matlamat menjadikan pelepasan karbon dioksida mencapai puncak seawal mungkin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here