Hari Bandar Dunia 2024 di Shanghai dan Persidangan Global Pembangunan Lestari Bandar 2024 yang bertemakan “Bersama bina bandar rakyat, berkongsi hidup baik” telah membuka tirainya di bandar Shanghai, China pada Khamis.
Majlis perasmian diserikan dengan kehadiran 350 orang selebriti termasuk wakil kerajaan, datuk bandar, pakar dan sarjana, tokoh korporat serta wakil pertubuhan antarabangsa, dan menyaksikan pelancaran “Shanghai Manual” edisi 2024.
Untuk rekod, 2024 menandakan ulang tahun ke-5 konsep “bandar rakyat”, dan juga ulang tahun ke-10 sejak penubuhannya Hari Bandar Dunia.