Presiden China, Xi Jinping ditemui Sam Hou Fai, ketua eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Macao yang terpilih yang baru menerima pelantikan dari kerajaan pusat di Beijing pada Jumaat.

Perdana Menteri China, Li Qiang memberi mandat di bawah dekri No.794 Dewan Negera China kepada Sam Hou Fai yang akan menjawat jawatan ketua eksekutif SAR Macao penggal keenam, dengan disaksikan oleh Presiden Xi.

Xi turut mengucapkan tahniah kepada Sam atas pelantikannya sebagai Ketua Eksekutif SAR Macao.

Xi menyatakan harapan agar Sam menyemarakkan semangat perjuangan menggalas tanggungjawab yang berat dan memenuhi misi rakyat, membimbing kerajaan SAR Macao penggal baharu menyatupadukan pelbagai lapisan masyarakat untuk bekerjasama mencapai kemajuan dan bertindak pantas dalam melakukan inovasi untuk mewujudkan landskap baharu dalam amalan prinsip “Satu Negara, Dua Sistem” yang bercirikan Macao, sekali gus memberi sumbangan lebih besar dalam memangkin agenda pemerkasaan negara dan kebangkitan bangsa.

Sam pula menyatakan rasa berbesar hati atas pelantikan sebagai Ketua Eksekutif SAR Macao dan komited untuk memperhalusi pelaksanaan prinsip “Satu Negara, Dua Sistem” secara menyeluruh di bawah pimpinan Presiden Xi dan kerajaan pusat, serta giat mendorong perkembangan Macao dalam pelbagai bidang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here