KUALA LUMPUR, 29 Jan — MY E.G. Capital Sdn Bhd (MYEG Capital), subsidiari milik penuh dan cabang pelaburan teroka MY E.G. Services Bhd (MYEG) telah terlibat dalam pembiayaan Siri A oleh Beijing DeepScience Technology Ltd. (DeepScience) baru-baru ini.

DeepScience merupakan syarikat penstriman langsung maya, animasi masa nyata dan pendigitalan manusia yang terkemuka, yang mana, sebelum ini menerima pelaburan mangkin daripada InnoAngel Fund. 

MYEG dalam satu kenyataan berkata GSR Ventures dan Peakview Capital adalah pelabur lain yang mengambil bahagian dalam pusingan pembiayaan itu yang bernilai berpuluh-puluh juta renminbi China. 

Sementara itu, DeepScience yang ditubuhkan pada April 2016 di Beijing, memberi tumpuan kepada animasi masa nyata dan teknologi penstriman langsung maya, ia telah berjaya mencapai sintesis imej maya dan sebenar termasuk fungsi interaksi pendigitalan manusia-komputer dalam beberapa bidang komersial.

Sehingga kini, ia telah memberi perkhidmatan kepada banyak harta intelektual (IP) yang terkenal di China seperti Yichan Little Monk, Momo Girl, Bud Bear dan Jiangxiaoyu. 

Melangkah ke hadapan, DeepScience dijangka bukan sahaja akan memberi perkhidmatan kepada lebih banyak IP, tetapi juga untuk membantu IP mencapai kesedaran komersial dengan lebih baik melalui pengurusan operasi, kata pengasasnya David Cheng.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here