KUALA LUMPUR,18 Feb: Mahkamah Tinggi memerintahkan Rosmah Mansor untuk membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berhubung pembekalan dan pemasangan sistem tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

“Saya mendapati pihak pendakwa raya berjaya membuktikan terdapat prima facie bagi semua pertuduhan,” kata hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Rosmah, 69, berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada pengarah urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin menerusi bekas pembantunya, Rizal Mansor sebagai upah membantu syarikat tersebut mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here