KUALA LUMPUR, 1 April — MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) bekerjasama dengan Tasco Bhd untuk mencapai objektif bersama bagi perkhidmatan penghantaran logistik yang lebih baik dan lancar untuk pelanggan yang terlibat dalam pengeluaran vaksin COVID-19.

Kedua-dua syarikat telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) hari ini, bukti dan kesinambungan hubungan kerja hebat yang telah terjalin.

“Antara kedua-dua syarikat ini, kami akan memastikan kelancaran penghantaran vaksin COVID-19 untuk menyokong program vaksinasi negara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MASkargo Ibrahim Mohamed Salleh dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Tasco, Andy Lee pula berkata MoU ini akan membolehkan syarikat menguatkan sumber dan bekerjasama rapat dengan MASkargo untuk menyesuaikan SOP yang ketat bagi penyelesaian menyeluruh dalam proses pemenuhan logistik vaksin COVID-19.

“Kami berharap dapat memainkan peranan bersama-sama MASkargo dalam menyumbang kepada program vaksinasi negara sebagai warga korporat yang bertanggungjawab,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here