Presiden Tanzania, Samia Suluhu Hassan telah menerima kunjungan Menteri Luar China, Wang Yi di Dar es Salaam pada Sabtu.

Hassan menyatakan kesediaan untuk meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan rancangan pembangunan negaranya dengan China, memperdalam kerjasama dalam bidang yang substantif, mengambil langkah sepenuhnya untuk menghidupkan semula laluan  kereta api Tanzania-Zambia dan membina koridor kemakmuran serantau. 

Selain itu, pihak Tanzania bersedia meningkatkan pertukaran dan memperbanyak lawatan antara parti politik beserta pertukaran keanggotaan di kalangan rakyat, yang dipercayai bermanfaat bagi pertumbuhan ekonomi Tanzania, dan peningkatan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Hassan menyatakan Tanzania menghargai tinggi empat ‘inisiatif global’ yang disarankan Presiden Xi Jinping, dan bersedia mengeratkan koordinasi pelbagai hala dengan China untuk membina sistem tadbir urus antarabangsa yang lebih adil dan rasional.

Dalam pertemuan itu, Wang Yi menyatakan bahawa China amat menghargai hubungan kedua-dua negara, bersedia bersama dengan Tanzania melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, meningkatkan pertukaran mengenai pengalaman dalam tadbir urus negara, mengeratkan kerjasama dalam bidang yang substantif, menambah pertukaran sosiobudaya, dan mendorong Perkongsian Strategik Komprehensif China-Tanzania terus berkembang.

Wang menambah, China menyokong Tanzania memainkan peranan yang lebih penting dalam urusan serantau bahkan antarabangsa, dan bersedia berganding bahu dengan negara-negara membangun termasuk Tanzania untuk menjadi penggerak kedamaian, kestabilan dan kemajuan di pentas dunia.