Trump Bakal Hadiri Sidang Kemuncak G7 Di Perancis

WASHINGTON, 20 Mei — Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan melawat Perancis pada Jun untuk menghadiri sidang kemuncak pemimpin Kumpulan Tujuh (G7), lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media tempatan pada Selasa.

Sidang kemuncak tahun ini akan berlangsung di Evian-les-Bains di tenggara Perancis dari 15-17 Jun.

G7 menghimpunkan antara tujuh ekonomi paling maju di dunia iaitu Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, United Kingdom dan AS serta Kesatuan Eropah turut menjadi anggota.

Ia berperanan sebagai platform utama untuk para anggota membincangkan dan menyelaraskan maklum balas terhadap cabaran ekonomi, kewangan dan geopolitik global utama.