Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Sri Lanka, Vijitha Herath pada Isnin ketika singgah di negara itu dalam perjalanan pulang dari lawatan ke Afrika.
Dalam pertemuan itu, Wang berkata China bersedia meningkatkan pertukaran pengalaman tadbir urus negara dengan Sri Lanka, memperluas kolaborasi dalam pelbagai bidang, memperdalam perkongsian kerjasama strategik serta bersinergi membina komuniti berkongsi nasib sesama negara.
Menurut beliau, berdepan dunia yang semakin tidak menentu, China akan teguh mempertahankan hak dan kepentingan sah negara-negara membangun khususnya negara bersaiz kecil dan sederhana.
Ujarnya China komited bekerjasama dengan negara yang sehaluan untuk menentang kebangkitan ‘undang-undang rimba’ serta semua bentuk politik kuasa dan amalan buli, di samping bersama-sama mempertahankan multilateralisme dan keadilan antarabangsa.
Sementara itu, Herath berkata Sri Lanka bersedia merapatkan pertukaran peringkat tinggi dengan China, memperkasa kerjasama dalam bidang infrastruktur, maritim, pelancongan dan sosiobudaya, sekali gus melonjakkan perkongsian kerjasama strategik kedua-dua negara ke tahap baharu.













Tinggalkan Balasan