Perkasakan Perkongsian Strategik Komprehensif Sepanjang Masa China, Uzbekistan – Menteri Luar Wang Yi

Menteri Luar China Wang Yi membuat perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Uzbekistan Bakhtiyor Saidov pada Jumaat.

Wang berkata panduan strategik pimpinan China dan Uzbekistan menyediakan jaminan politik yang kukuh untuk hubungan perkongsian strategik komprehensif sepanjang masa China-Uzbekistan pada era baharu. 

Kedua-dua pihak perlu memperkasakan kerjasama strategik, saling menyokong dalam menjaga kepentingan teras masing-masing, memelihara norma asas hubungan antarabangsa, mempertahankan kedudukan utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta memelihara kedamaian dan kestabilan serantau.

Saidov pula mengatakan, lawatan Presiden Shavkat Miromonovich Mirziyoyev ke China pada September lalu menyuntik tenaga kuat untuk perkembangan hubungan kedua-dua negara. 

Beliau berkata, Uzbekistan mempertahankan prinsip satu China, bersedia melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, mempergiat kerjasama dalam pelbagai bidang, dan mendorong hubungan perkongsian strategik komprehensif sepanjang masa kedua-dua negara maju ke depan.