Selaku utusan khas Presiden China Xi Jinping, Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Zheng Jianbang menghadiri upacara angkat sumpah Presiden Guinea, Mamady Doumbouya di Conakry pada Sabtu.
Presiden Doumbouya sempat beramah mesra dengan Zheng pada majlis tersebut.
Dalam pertemuan singkat itu, Zheng berkata China amat mementingkan pembangunan hubungan kedua-dua negara.
Ujarnya, China bersedia bekerjasama dengan Guinea bagi mengukuhkan jalinan persahabatan tradisional, memperdalam kerjasama saling untung serta terus memajukan perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara.
Sementara itu, Doumbouya berkata Guinea menghargai persahabatan tradisional yang terjalin dengan China dan ingin memperkasa kerjasama dalam pelbagai bidang sehingga melonjakkan ikatan bilateral ke tahap baharu.













Tinggalkan Balasan