Pengawal Pantai China (CCG) terus menggerakan pasukan bagi operasi mencari dan menyelamat kru sebuah kapal dagang Filipina yang terbalik di perairan berhampiran Pulau Huangyan.
Setakat ini 17 kru berjaya diselamatkan namun dua orang antara mereka disahkan meninggal dunia, manakala empat lagi masih hilang.
Selepas menerima laporan mengenai insiden tersebut, CCG dengan segera menghantar kapal pengawal bagi menjalankan misi mencari dan menyelamat.
Atas permintaan kapal penyelamat Filipina, dua kapal CCG dan Kapal Pengawal Pantai Filipina No.9701 berjaya menyelesaikan kerja serah terima anak kapal di kawasan perairan berkenaan pada Ahad.













Tinggalkan Balasan