Perancis Lulus RUU Larang Akses Media Sosial Bagi Individu Bawah 15 Tahun

PARIS, 27 Jan — Dewan Perhimpunan Kebangsaan Perancis pada Isnin meluluskan rang undang-undang (RUU) yang melarang kanak-kanak dan remaja berusia bawah 15 tahun daripada menggunakan media sosial, berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap kesihatan mental.

RUU itu akan dibentangkan di Senat sebelum dikuatkuasakan sebagai undang-undang, lapor Agensi Berita Xinhua.

Langkah itu adalah sebahagian daripada trend global untuk menyekat akses media sosial bagi kanak-kanak, didorong oleh peningkatan bukti mengenai kesan buruknya terhadap kesihatan mental.

Undang-undang serupa turut diluluskan di Australia pada akhir tahun lalu. Presiden Perancis Emmanuel Macron menyifatkannya sebagai “langkah penting” untuk melindungi kanak-kanak dan remaja di negara itu.