Setiausaha Agung Parti Komunis China, Xi Jinping menghubungi Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam (PKV), To Lam menerusi satu panggilan telefon pada Isnin.
Pada kesempatan itu, Xi turut menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan Kongres Ke-14 PKV dan pelantikan semula To Lam sebagai Setiausaha Agung PKV.
Xi juga menyatakan keyakinan bahawa di bawah pimpinan PKV yang diterajui oleh Setiausaha Agung To Lam, Vietnam mampu merealisasikan sasaran seperti yang telah ditetapkan dalam Kongres Ke-14 Parti Komunis Vietnam serta mencapai matlamat perjuangan “Dua Abad” Vietnam dengan lebih awal.
Sehubung itu, Xi berkata China dan Vietnam seharusnya bersatu padu untuk memajukan pembangunan dan bekerjasama menuju masa depan yang cerah.
Dalam perkembangan sama, Xi menekankan bahawa kedua-dua pihak perlu sentiasa memperkukuhkan pertukaran pengalaman dalam pentadbiran parti dan negara, mengeratkan penyelarasan strategi pembangunan dan bersama-sama mewujudkan pemodenan sosialis.
Ini termasuk meningkatkan koordinasi dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau serta mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Selain itu, Xi dan To Lam turut saling menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina serta dan mengharapkan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.












Tinggalkan Balasan