Hari Bahasa Mandarin PBB 2025 Sempena Festival Klip Video CMG Ke-5

Hari Bahasa Mandarin PBB 2025 sempena Festival Klip Video Seberang Laut Kumpulan Media China (CMG) ke-5 telah diadakan di Palais des Nations yang merupakan Pejabat PBB di sini pada Selesa waktu tempatan.

Presiden CMG, Shen Haixiong dalam ucapannya menerusi video menyatakan bahawa tema aktiviti tahun ini ialah “Kembara di China”. 

Shen yang juga menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) berharap agar aktiviti ini boleh menggamit lebih ramai rakan di luar negara datang ke China untuk melakukan kunjungan dan pengembaraan supaya dapat mencari peluang yang sesuai dan kondusif bagi mencipta masa depan yang cerah. 

“Kami bersedia bekerjasama dengan rakan-rakan di peringkat global, saling belajar dan menghormati, menempuh jalan ke arah yang indah, bertamadun dan penuh dengan peluang demi merancakkan landskap komuniti berkongsi nasib sesama insan”, kata Shen.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pejabat PBB di Geneva, Tatiana Valovaya pula berkata, “Mari kita terus menyemarakkan semangat ‘beraksi’, bekerjasama dengan penuh hormat terhadap kepelbagaian peradaban dan memperjuangkan masa depan yang lebih baik.”

Aktiviti kali ini bertujuan mengajak rakan-rakan dari pelbagai negara untuk merakam kisah pengembaraan mereka di China melalui klip video. 

Turut serta, kira-kira 300 orang wakil dan diplomat peringkat tinggi dari lebih kurang 50 buah negara seperti Rusia, Serbia, Pakistan, Qatar, Cameroon dan Bolivia serta wakil dari pertubuhan dan agensi antarabangsa.

Aktiviti anjuran bersama CMG dengan Misi Tetap China di Geneva dan Pejabat PBB di Geneva ini merupakan edisi kelima sejak penubuhannya pada tahun 2021. 

Pengumpulan karya klip video yang terbabit bermula pada 10 April lalu dan dijangka berlangsung hingga akhir bulan Mei, dan seterusnya keputusan panel juri bakal diumumkan pada Jun.