Pintu sempadan di seluruh China merekodkan lebih 61.28 juta pergerakan keluar masuk pengembara asing dalam tempoh Januari hingga Ogos 2026, naik 19.5 peratus tahun ke tahun, menurut Pentadbiran Imigresen Negara (NIA).
Data daripada platform pelancongan dalam talian pula menunjukkan pelancong asing secara puratanya tinggal di China selama 5.1 hari, meningkat 11 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Sepanjang cuti Hari Kebangsaan tahun ini, jumlah tempahan pakej oleh pengembara asing terus meningkat, dengan Asia Timur, Asia Tenggara, Eropah dan Oceania menjadi antara sumber utama pelancong asing ke China.
Pelbagai platform pintar turut diperkenalkan untuk mengoptimumkan perkhidmatan pelancongan dan menambah baik pengalaman ketika melawat di China.
Platform berkenaan memudahkan pelancong asing merancang jadual perjalanan, menempah tiket masuk ke pelbagai kawasan peranginan dan membuat pembayaran rentas sempadan di negara Tembok Besar.












Tinggalkan Balasan