Kapal selam berawak milik China, “Jiaolong” yang kini melalui fasa naik taraf versi kedua, berjaya menyempurnakan ujian laut di Lembangan Filipina selepas melakukan beberapa siri selaman sedalam 7,000 meter dan kembali ke permukaan dengan selamat.
Penyelidik dari Pusat Pentadbiran Pangkalan Laut Dalam China, Sun Yongfu berkata, misi berkenaan membawa impak besar kepada sektor penerokaan maritim global.
“Ekspedisi saintifik ini akan memperkasakan kerjasama marin di peringkat antarabangsa, sekaligus memacu pembangunan sektor laut dalam China dan merealisasikan hasrat China menjadi sebuah kuasa maritim yang kuat, ” katanya.











Tinggalkan Balasan