Perjanjian Perdagangan Terbesar Antara AS, Filipina Dimeterai – Trump

MANILA, 18 Nov — Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Rabu Filipina dan AS telah memuktamadkan “perjanjian perdagangan terbesar pernah dimeterai” antara kedua-dua negara, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Pemimpin AS itu membuat pengumuman berkenaan ketika menghadiri jamuan tengah hari rasmi bersama Presiden Ferdinand R. Marcos Jr. sebelum berlepas ke China.

“Kami baru sahaja memuktamadkan satu perjanjian perdagangan yang sangat besar, perjanjian perdagangan terbesar yang pernah kami meterai setakat ini, dan ia merupakan perjanjian yang adil untuk kedua-dua negara. Kami amat berpuas hati dengannya,” katanya.

“Kami tidak menjangkakan perkara itu akan berlaku, tetapi ia dimuktamadkan dengan begitu pantas dan merupakan satu perjanjian yang amat baik untuk kedua-dua pihak,” katanya.

Dalam hantaran berasingan menerusi platform Truth Social, Trump berkata perjanjian perdagangan itu merupakan perjanjian “baharu dan sama sekali berbeza” yang akan “memberi manfaat besar” kepada petani AS serta mereka yang terlibat dalam sektor tenaga.

Kedutaan AS di Manila setakat ini belum memberikan sebarang maklumat terperinci berhubung perjanjian berkenaan apabila diminta mengulas perkara itu.