KUALA LUMPUR, 19 Nov — Tiada ujian Sistem Amaran Awal Nasional akan dijalankan di beberapa negeri pada hari ini, sepertimana yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi laman Facebook rasmi memaklumkan dakwaan mengenai pelaksanaan ujian tersebut di Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Pahang adalah tidak benar.
Sebaliknya, MCMC menjelaskan aktiviti yang dijadualkan hari ini hanyalah melibatkan ujian teknikal secara dalaman.
“Ujian teknikal dalaman ini bertujuan menilai kesiapsiagaan dan keberkesanan sistem sebelum pelaksanaan yang lebih meluas, dan bukannya ujian amaran kepada orang awam di negeri-negeri seperti didakwa,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan dengan itu, MCMC menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih serta sentiasa merujuk saluran rasmi suruhanjaya tersebut bagi mendapatkan perkembangan dan pengumuman terkini.













Tinggalkan Balasan