Xi Anjur Jamuan Malam di Shenzhen, Sambut Kedatangan Tetamu Yang akan Menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-33

Presiden China, Xi Jinping dan isterinya Peng Liyuan pada Rabu menganjurkan jamuan malam di Pusat Pertukaran Antarabangsa Shenzhen untuk menyambut kedatangan para tetamu yang akan menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-33.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat China, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua tetamu kehormat,” kata Xi dalam ucapannya.

“Keterbukaan telah tersemai dalam DNA Shenzhen, inovasi menjadi pemacu kepada kemajuan bandar ini, manakala kerjasama adalah sumber kekuatannya.

“Kejayaan Shenzhen adalah mikrokosma pembaharuan dan keterbukaan China, sekali gus menjadi teladan kepada kerjasama berhasil di rantau Asia-Pasifik,” kata Xi.

Beliau menyatakan bahawa keterbukaan, inovasi, dan kerjasama ialah ciri-ciri utama APEC sejak organisasi itu ditubuhkan.

Xi menyatakan bahawa APEC yang selalu dapat mengikuti trend sejarah dan menerajui proses integrasi ekonomi rantau, telah berjaya menjadikan Asia-Pasifik sebagai rantau yang paling dinamik dan enjin pertumbuhan penting untuk ekonomi dunia.

“Pada mesyuarat pemimpin ekonomi yang akan diadakan besok, kita akan membincangkan langkah-langkah untuk memperluas keterbukaan dua hala, meneroka laluan pertumbuhan dipacu inovasi, serta mencari lebih banyak peluang untuk kerjasama praktikal dalam pelbagai bidang,” ujar Xi lagi.