Perusahaan Finland Melihat China Sebagai Enjin Pertumbuhan Terbesar

Mesyuarat ke-6 Suruhanjaya Kerjasama Perusahaan Inovatif China-Finland diadakan di Beijing pada Isnin, bersempena lawatan Perdana Menteri Finland Petteri Orpo selama empat hari ke China. 

Dalam mesyuarat itu, wakil perusahaan dari kedua-dua negara telah mengadakan perbincangan mendalam mengenai kerjasama dua hala dalam bidang inovasi, pembangunan hijau, transformasi pendigitalan, dan kesihatan, serta mencapai beberapa perjanjian perdagangan.

Naib Pengerusi Lembaga Pengelola KONE Elevators Finland, Jussi Herlin merupakan salah seorang daripada 20 petugas syarikat Finland yang turut serta dalam lawatan Orpo ke China. 

Beliau berkata, KONE mula melabur di pasaran China pada 30 tahun lalu. China antara pasaran paling penting bagi KONE dan mewakili bahagian besar dalam perolehan syarikat itu.

“Pada masa ini, KONE telah membina pangkalan pengeluaran terbesar dan pusat penyelidikan dan pembangunan luar negara yang terbesar di China. 

“Oleh itu, China amat penting bagi kami dari seluruh aspek. Dan sudah pasti bahawa kami akan terus melabur di sini,” kata Herlin.

Selain itu, CEO dari syrikat bioperubatan Aurealis Therapeutics Finland, Juha Yrjanheikki menyatakan bahawa pihkanya telah meneroka pelbagai kaedah kerjasama di China yang melibatkan pelaburan ekuiti, perkhidmatan perkilangan, dan ujian klinikal.

“Sasaran kami adalah membawa produk kami ke pasaran China,” kata Juha Yrjanheikki.