China Sumbang Suntikan Insulin kepada Pelarian Palestin

Suntikan insulin sumbangan China kepada pelarian Palestin telah dihantar ke gudang Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Timur Dekat di pusat perubatan kem pelarian Baqa di Jordan, pada Rabu.

Bantuan ubat itu akan diagihkan kepada penghidap diabetes di kalangan pelarian Palestin yang bergantung kepada terapi insulin setiap hari.

Pengarah Pejabat UNRWA di Jordan, Olaf Becker yang menerima bantuan ubat tersebut menyatakan bahawa sokongan perubatan dari China ini amat signifikan bagi UNRWA.

Menurut statistik, di lima zon operasi bawah UNRWA, penyakit bukan berjangkit seperti diabetes membawa kepada 70 hingga 80 peratus kematian dalam kalangan pelarian Palestin.

“Suntikan insulin sumbangan China kumpulan ini dapat memenuhi keperluan rawatan semua pelarian Palestin yang menghidap diabetes di seluruh wilayah Jordan sepanjang tahun ini,” kata Becker.

Beliau memuji China sebagai penyokong utama bagi UNRWA dan pelarian Palestin.

“Dalam keadaan kewangan yang terhad dan tekanan kewangan yang semakin meningkat pada masa ini, sokongan yang diberikan oleh China adalah sangat bermakna,” katanya.

Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China memeterai dengan UNRWA pada Oktober lalu, berjanji akan memberikan suntikan insulin kepada penghidap diabetes di kalangan pelarian Palestin di kawasa Gaza, Jordan, Lubnan, Syria dan kawasan barat Sungai Jordan.