China, Britain Komited Perkasakan Perkongsian Strategik Komprehensif 

Dalam landskap antarabangsa yang kompleks dan tidak menentu, China dan Britain sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) perlu menjunjung matlamat dan prinsip Piagam PBB, memperkasakan dialog dan kerjasama untuk menangani bersama cabaran.

Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian semasa menerima kunjungan Penasihat Keselamatan Britain, Jonathan Powell di Beijing pada Khamis.

Dalam pertemuan tersebut, Wang menyatakan keyakinan bahawa konsensus penting yang dicapai antara pemimpin kedua-dua negara mengenai pembangunan perkongsian strategik komprehensif yang stabil dalam jangka panjang akan memberikan momentum kukuh kepada pertukaran dari segi institusi dan kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara, sekali gus membuka lembaran baharu dalam hubungan China-Britian. 

Sementara itu Jonathan Powell pula berkata, pihaknya berharap lawatan Perdana Menteri Keir Starmer ke China kali ini dapat meningkatkan dan memperkukuhkan perkongsian strategik yang lebih rapat dan menyeluruh dengan China.